Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2019

RESEPI RENDANG AYAM CILI API

Imej
RESEPI RENDANG AYAM CILI API Assalamualaikum.. Ni trowback menu lunch kemarin. Rendang ayam cili api. Setengah orang panggil rendang hijau sebab guna cili hijau. Jom follow resepi. Ayam setengah ekor. Potong agak2 tak besar dan tak kecik sangat. Kang hancur. Blander serai 2 batang,  halia 2inci, cili api 20biji,kalau tak tahan pedas, boleh la kurangkan, Bawang besar 2 biji. Masukkan dalam kuali ayam tadi, tuang bahan blander, buka api sederhana je. Letak serbuk kunyit 1 sudu kecik, santan setengah kotak kecik, kerisek 2 sudu besar. Bila ayam dah empuk, letak gula dan garam ikut selera masing-masing, pas tu letak daun kunyit yang di racik halus. Aku suka letak awal. Kalau letak masa rendang dah masak, nanti cepat basi. Pas tu masak la sampai kering. Ni hasilnya. Mengancam tak. Apa lagi. Jom la masak. Selamat mencuba 😘😘😘

RESEPI ROTI TELUR SARDIN

Imej
RESEPI ROTI TELUR SARDIN Assalamualaikum.. Dah lama teringin nak try buat resepi ni.. memandangkan ada roti yang hampir tamat tempoh. kita buat la..bahan pun semua ada.. senang je. Jom follow. Untuk menu minum petang hari ni. Sardin 1 tin kecil, 1biji bawang besar cincang, Telur 5biji Kalau nak pedas boleh letak cili, Lada sulah, Roti potong 4.  Campur semua. Celup roti. Goreng guna minyak sikit je. Siap. Sedap sengat. Tak rugi la try. Ni hasilnya. So nyummy.. Selamat mencuba 😘😘😘 

RESEPI SAMBAL KICAP

Imej
RESEPI SAMBAL KICAP Assalamualaikum. Sambal ni kita boleh makan dengan bihun sup,goreng pisang,tauhu bergedil. Selalu orang cakap renyah nak buat. Sebenarnya senang je. Kalau buat tu. Buat banyak banyak. Sebab bila simpan dalam peti,tahan lama. Nanti nak makan tak payah nak buat dah. Jom follow resepi. Guna tiga bahan je. Cuci setengah mangkuk cili padi dan dua labu bawang putih. Goreng tanpa minyak. Api sederhana je ye. Kang hangus. Goreng sampai jadi macam ni. Pas tu biar sejuk jap. Blander dengan kicap manis. Siap. Aku tak suka letak cuka. Kang perut tak tahan. Cukup tiga bahan ni je. Selamat mencuba 😘😘😘

RESEPI TAUHU BERGEDIL

Imej
RESEPI TAUHU BERGEDIL Assalamualaikum.. Ni semalam punya minum petang.. tauhu bergedil.. senang je nak buat nye..siapa nak buat jom follow.. Kupas kentang. Cuci bersih. Potong nipis. Goreng. Sejuk kan jap. Pas tu masukkan dalam blander kentang tadi. Boleh la tambah daun sup,Daun bawang, daging/ayam/udang/sardin,bawang besar,lada sulah,serbuk pati ayam/ikan bilis. Ni hasilnya. Guna tauhu kering ye.. gunting atasnya..isi dia kita bland sekali kentang tadi.. pas tu letak la isi dia cam tu. Pecah telur. Letak lada sulah sikit. Celup tauhu tadi. Goreng. Siap. Ni hasilnya. Sedap makan dengan sambal kicap. Pedas pedas manis. Selamat mencuba 😘😘😘

CARA MASAK NASI DALAM KUANTITI YANG SEDIKIT

Imej
CARA MASAK NASI DALAM KUANTITI YANG SEDIKIT Assalamualaikum Selalu kalau kita tinggal sorang diri.. tak kan kita nak masak nasi banyak-banyak kan.. tapi bila masak sikit..berkerak pulak periuk.. tak kisah la masak guna periuk eletrik ke.. dapur gas ke.. so.. untuk elakkan masalah tu.. apa kata korang ikut tips ni.. kukus je nasi tu.. ni ada step by step..  Masukkan beras dalam mug..cuci macam biasa.. letak air ikut sukatan biasa.. letak la dalam periuk.. pas tu dalam periuk letak air jugak.. pas tu tutup dan tekan suis macam biasa.. Bila air dah kering..masak la nasi tu.. Masak elokkan.. tak de kerak kerak..  Selamat mencuba 😘😘😘😘