RESEPI RENDANG AYAM CILI API

RESEPI RENDANG AYAM CILI API

Assalamualaikum..
Ni trowback menu lunch kemarin. Rendang ayam cili api. Setengah orang panggil rendang hijau sebab guna cili hijau. Jom follow resepi.

Ayam setengah ekor. Potong agak2 tak besar dan tak kecik sangat. Kang hancur.

Blander serai 2 batang,
 halia 2inci,
cili api 20biji,kalau tak tahan pedas, boleh la kurangkan,
Bawang besar 2 biji.

Masukkan dalam kuali ayam tadi, tuang bahan blander, buka api sederhana je.

Letak serbuk kunyit 1 sudu kecik, santan setengah kotak kecik, kerisek 2 sudu besar.

Bila ayam dah empuk, letak gula dan garam ikut selera masing-masing, pas tu letak daun kunyit yang di racik halus. Aku suka letak awal. Kalau letak masa rendang dah masak, nanti cepat basi. Pas tu masak la sampai kering.

Ni hasilnya.



Mengancam tak. Apa lagi. Jom la masak.

Selamat mencuba 😘😘😘

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESEPI CUCUR JAWA PANDAN

RESEPI PERIA RANGUP

CARA MASAK NASI DALAM KUANTITI YANG SEDIKIT